Monday, August 25, 2014

Hanis dah 11 bulan....

Alhamdulillah,

Ya Allah, terima kasih diatas anugerah dan amanah terindahMu Ya Allah.....Hari ini genap umur hanis 11 bulan....Alhamdulillah, Hanis membesar dengan jayanya.....

Diam tak diam juga dah 11 bulan juga Hanis membesar dengan susu ibu....Banyak cabaran dan dugaan sepanjang tempoh menyusukan Hanis. Ibu berdoa pada Allah agar Hanis menyusu sehingga berusia 2 tahun dengan ibu. Sekejapnya rasa waktu berlalu....

Sekarang banyak betul kerenah Hanis, belum tambah kerenah abg Harith yang cemburu. Tak tahu dah nak terang kat abg Harith. Semoga suatu hari nanti abg Harith akan faham. Ibu tak pernah lupakan atau tak sayang abg harith, cuma kekangan kualiti waktu dek kerana Hanis pun dah pandai cemburu.

Sabar je la. Bak kata mak saya, ko baru dua mak ni lima orang anak ok je. Alahai, padan muka...hehehe...

Jom layan gambar Hanis....nak tgk x...






Saturday, August 23, 2014

Sedih dan Hiba - MH17

Assalamualaikum semua....

huhuh....hari ni kat berita kat facebook semua tentang MH 17 dan perjalanan terakhir semua mangsa yang terlibat. Sedih dan hiba terutama bila melihat anak kecil yang tidak mengerti apa-apa duduk sambil bermain di tepi jenazah ibunya.

Hiba bile melihat anak yang sedang membesar duduk sambil menangis hiba di sisi keranda yang ditutupi dengan Bendera Malaysia. Melihat perjalanan terakhir tersebut yang di paparkan di berita dan media sosial sedikit sebanyak mendera hati ini.

Mahu tak nya, setiap kali melihat, membaca atau menatap berita tersebut hati dipagut pilu, air mata pasti menitis. Bila melihat semua tu terdetik dalam hati, "Ya Allah, kau berikanlah ketabahan dan kesabaran yang setinggi-tingginya kepada keluarga dan anak2 ini untuk menghadapi semua ini, jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat".

Okey dah tak mau bukak dah.....sedih....dari tadi duk menitik air mata ni....hishhhh.....Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17......


Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 - Al-Fatihah.....MH17

Al-Fatihah buat semua penumpang dan anak kapal MH 17.....Malaysia pada hari ini berkabung...semua rakyat Malaysia di galakkan memakai pakaian berwarna gelap.

Tiada apa yang dapat diungkapkan...hanya kiriman doa yang dapat dilakukan buat semua mangsa yang terlibat....semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....

Berakhir sudah penantian semua. Jenazah semua mangsa yang telah dikenal pasti akan sampai ke Malaysia pada bila-bila sahaja sekarang....

Salam Takziah dan Al-Fatihah buat semua penumpang dan anak kapal MH 17 yang terkorban. Semoga semua ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat kepada semua penumpang dan anak kapal MH 17....

Al-Fatihah......