Thursday, September 25, 2014

Happy Birthday My Princess Hanis Syahirah.

Assalamualaikum,

HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS HANIS SYAHIRAH.........IBU DOAKAN ANAK IBU MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, ANAK YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. INSYAALLAH. AMIN...

Hari ini genap umur anak ibu 1 tahun...sekejapnya rasa. Alhamdulillah anak ibu membesar dengan sihat. Syukur pada Allah. Semoga Allah sentiasa melindungi mu sayang.

Mehh...ibu nak belanja gambar Besday Girls ni satu.....





Friday, September 5, 2014

Shaklee Super Supreme Promo

Shaklee Super Supreme Promo September
===============================

September ni Shaklee menawarkan promosi berganda. Nak tahu apa...bulan ini promo dari Shaklee ialah:

Collagen Powder beli 6 percuma 1
Mealshake beli 3 percuma 1

Tawaran yang menarik kan.....syoknya...nak nak bagi mereka yang consume amik tiap2 bulan....memang best....boleh buat stok....

#sayajualshaklee

pm@whatapp : 016-2254805
blog : http://hargaset.com/

My Wish List 2nd version.....

Alhamdulillah....bila tengok entry lama tentang my wish list....ehhh...lama dah rupanya saya tak ada wish list.....hemmm....rasa-rasanya nak kena update wishlist baru. Sebabnya wishlist lama banyak yang capai....

Jadi wishlist baru saya ialah:
  1. Breastfeed Hanis sampai umur 2 Tahun
  2. Naik Master
  3. Dapat bonus dari bisnes sekarang tiap-tiap bulan 5-6 angka
  4. Pergi Umrah 1 family
  5. Beli rumah dekat dengan rumah mak
  6. Bantu mak cari deposit utk mak beli rumah
Buat masa sekarang ni je yang terlintas...hehehhe...nnt la update lagi....

Monday, August 25, 2014

Hanis dah 11 bulan....

Alhamdulillah,

Ya Allah, terima kasih diatas anugerah dan amanah terindahMu Ya Allah.....Hari ini genap umur hanis 11 bulan....Alhamdulillah, Hanis membesar dengan jayanya.....

Diam tak diam juga dah 11 bulan juga Hanis membesar dengan susu ibu....Banyak cabaran dan dugaan sepanjang tempoh menyusukan Hanis. Ibu berdoa pada Allah agar Hanis menyusu sehingga berusia 2 tahun dengan ibu. Sekejapnya rasa waktu berlalu....

Sekarang banyak betul kerenah Hanis, belum tambah kerenah abg Harith yang cemburu. Tak tahu dah nak terang kat abg Harith. Semoga suatu hari nanti abg Harith akan faham. Ibu tak pernah lupakan atau tak sayang abg harith, cuma kekangan kualiti waktu dek kerana Hanis pun dah pandai cemburu.

Sabar je la. Bak kata mak saya, ko baru dua mak ni lima orang anak ok je. Alahai, padan muka...hehehe...

Jom layan gambar Hanis....nak tgk x...






Saturday, August 23, 2014

Sedih dan Hiba - MH17

Assalamualaikum semua....

huhuh....hari ni kat berita kat facebook semua tentang MH 17 dan perjalanan terakhir semua mangsa yang terlibat. Sedih dan hiba terutama bila melihat anak kecil yang tidak mengerti apa-apa duduk sambil bermain di tepi jenazah ibunya.

Hiba bile melihat anak yang sedang membesar duduk sambil menangis hiba di sisi keranda yang ditutupi dengan Bendera Malaysia. Melihat perjalanan terakhir tersebut yang di paparkan di berita dan media sosial sedikit sebanyak mendera hati ini.

Mahu tak nya, setiap kali melihat, membaca atau menatap berita tersebut hati dipagut pilu, air mata pasti menitis. Bila melihat semua tu terdetik dalam hati, "Ya Allah, kau berikanlah ketabahan dan kesabaran yang setinggi-tingginya kepada keluarga dan anak2 ini untuk menghadapi semua ini, jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat".

Okey dah tak mau bukak dah.....sedih....dari tadi duk menitik air mata ni....hishhhh.....Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17......


Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 - Al-Fatihah.....MH17

Al-Fatihah buat semua penumpang dan anak kapal MH 17.....Malaysia pada hari ini berkabung...semua rakyat Malaysia di galakkan memakai pakaian berwarna gelap.

Tiada apa yang dapat diungkapkan...hanya kiriman doa yang dapat dilakukan buat semua mangsa yang terlibat....semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....

Berakhir sudah penantian semua. Jenazah semua mangsa yang telah dikenal pasti akan sampai ke Malaysia pada bila-bila sahaja sekarang....

Salam Takziah dan Al-Fatihah buat semua penumpang dan anak kapal MH 17 yang terkorban. Semoga semua ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat kepada semua penumpang dan anak kapal MH 17....

Al-Fatihah......


Wednesday, June 11, 2014

Al Fatihah buat Mak......


Baru berkesempatan untuk menulis.....

9 Jun yang lalu pada jam 4 ptg, mak mertua saya telah pergi menemui penciptaNya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mak selamat dikebumikan pada 10 Jun pagi.

Melihat kesedihan, blur dan terkejut di wajah my hubby, sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya  Ini kerana dia hanya ada mak je bapak dah meninggal. Rasa keseorangan dan sunyi tu saya dapat rasakan.

Hanya 6 tahun sahaja Allah beri kesempatan kepada saya untuk berbakti dan mempunyai mak mertua. Alhamdulillah saya merasa juga ada mak mertua. Saya bukanlah menantu yang sangat baik tapi saya sangat sayangkan mak mertua saya. Rasa sekejap sangat, tak sempat saya menunaikan impian yang saya simpan untuk mak.

Tak mengapalah, tak dapat tunaikan impian tu saya tukar impian saya untuk mengirimkan sebanyak-banyak saham untuk mak dekat sana. InsyaAllah....doakan saya dapat lakukan paling terbaik buat mak mertua saya ye....

AL-FATIHAH.....sayang mak...........


Wednesday, March 12, 2014

Energizing Soy Protein aka ESP

ESP Beli 6 Percuma 1
================

bulan ni beli ESP 6 percuma 1 Apa yang best ESP ni...

- boleh menurunkan berat badan
- pengawalan berat badan - sebagai milk booster
- penjagaan kulit


pm @ whatapp : 0162254805

Pulanglah...MH 370

Sudah 5 hari berlalu, namun sehingga sekarang keadaan dan nasib penumpang dan anak kapal di dalam MH 370 masih belum diketahui.

Di manakah kalian MH 370?
Begitu banyak persoalan dan teori yang di lontarkan
Namun di kau masih belum ditemui
Tiada tanda mahupun tiada kesan
Puas sudah kami mencari
Di manakah dikau wahai MH 370
Adakah kalian di dalam keadaan baik-baik sahaja
Atau sebaliknya

Namun kami tetap percaya kalian baik-baik sahaja
Menanti agar kalian diselamatkan
Jangan pernah berhenti berharap
Jangan pernah berputus asa Allah sentiasa ada di sisi kalian

Pulanglah...
Pulang ke sisi orang-orang yang dicintai

Pulang agar hilang segala gundah gulana yang bersarang di jiwa

Pulanglah..
Pulang kerana ramai yang menantimu wahai MH 370
Pulang kerana banyak pengharapan agar kalian selamat


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau Permudahkanlah segalanya, peliharalah keselamatan mereka. Ilhamkanlah kepada mereka yang mencari tentang keberadaan mereka Ya Allah. Seandainya yang berlaku adalah sebaliknya Ya Allah, redhakanlah dan berikan ketabahan kepada insan-insan yang telah mereka tinggalkan. Amin.... PRAY FOR MH 370...Jangan pernah berhenti berdoa kerana mereka memerlukan doa kita..mohonla keajaiban dari Allah agar mereka ditemui dengan dalam keadaan yang selamat.

Tuesday, March 11, 2014

Arjuna Beta - Flynn Jamal

ARJUNA BETA - FYNN JAMAL

takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
datang petir menyambar--
jengking dan ular–-
bonda takkan berundur.


nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
ambil yang sarat duri.


hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.


ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.


hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.


nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


p/s : lagu ni sedap dgr...


Tuesday, March 4, 2014

Promosi Shaklee - Bulan Mac

Nak selit skit...bulan ni Shaklee buat promosi ESP...sape yang penah minum sure tau punye....mmg bagus minum ni...sape-sape yang nak kuruskan badan atau nak amik sebagai milk booster pun boleh..lg satu sape-sape yang gastrik kalo minum ESP mmg elok...

Buy 6 FREE 1...menarik kan...jom pakat-pakat kongsi beli ESP...
 pm @ whatapps ye..
016-2254805

Selamat Hari Lahir My Little Hero....Muhammad Harith Hilmi....

Selamat hari lahir anak ibu Muhammad Harith Hilmi yang ke 5...permata hati ibu n abah sampai bila2...insya allah..ibu sayang awak...semoga awak membesar menjadi anak yg soleh, mengikut sagala sunnah dan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya...ibu bangga kerana awak dilahirkan sebagai anak ibu.

Penawar ketika ibu duka dan gembira...terima kasih Ya Allah diatas kurniaanMu membenarkan anak ini berada disisiku selama ini...sungguh hebat anugerah dari Mu, Ya Allah....Syukur..

Maaf sayang smlm xsempat nak sambut kat sekolah jd ibu dan abah bwk pg mkn je sebab abah keje...xpe nak ye ari jumaat kita buat kat sekolah ye...layan beberapa keping gambar masa mkn atas permintaan anak ibu nak makan kat situ.

Seronok tgk dia mkn nasi dengan sudu n garpu siap jilat lagi..last2 dia kata, 'ibu, rasa macam nak muntah penuh sangat perut harith ni, sedap sgt harith suka, nnt kite dtg mkn lg ye...', ooohh..anak sgt sweet je dgr...ibu layan feel...heheheh...

 





 *  Terima kasih kat tok, tok ayah,pak ngah n ummi, pakcik n makcik, mak lang n Acu...sebab datang sambut bithday harith n hadiah tu harith suka sgt....asyik dia dengan hadiah tu...

Monday, February 24, 2014

Kek lagi...

Antara gambar-gambar kek coklat n kek oreo cheesecake yang dibuat sebelum-sebelum ni..bila upload kek ni tetiba rasa nak buat kek birthday untuk harith minggu depan....hemmmm....caiyok2....

Shaklee...

Sape penah dengar pasal shaklee? sila angkat tangan...dh tentu semua org penah dgr kan.Macam mane saya boleh terjebak dengan shaklee ni masa menyusukan harith dalam tahun 2010.

Masa tu saya ada masalah dekat production susu yang ala-ala hidup segan mati tak mahu...kikiki...peribahasa lak plak...dh cuba macam-macam milk booster tp tak jalan. pengetahuan tentang penyusuan pada masa tu adalah sangat cetek.

Alhamdulillah lepas consume set penyusuan shaklee dengan khidmat nasihat yang diberikan...alhamdulillah production susu makin ok...

Apa yang bagusnya set penyusuan ni?

Banyak sebenarnya tp yg paling best mestilah production susu yang makin meriah. Yang paling penting hilang rasa letih, lesu, penat yang kita rasa bila menyusu. kita orang perempuan ni bila balik kerja dah tentu nak masak, nak layan anak dan macam-macam kerja nak buatkan.

Jadi kawan-kawan kalau ade yang berminat nak beli set penyusuan Shaklee atau nak beli apa-apa set dari shaklee boleh email pada saya syasya1411@gmail.com dan saya akan hubungi kalian terus.

Al-Fatihah....

Di petang yang hening...ewah....takdela...Al-fatihah buat arwah kak zalina dan takziah buat keluarga arwah...semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah juga buat arwah makngah sblh suami saya yang pergi mengadap penciptanya pada 22 Februari ptg...tak sangka arwah dh pergi...rasa sayu je hati..tp bersyukur sgt sbb bila smpai kmpg je terus ke rumah arwah jadi sempatla tgk arwah kucup dahinya..
Alhamdulillah..sbb pg esknya tu mmg tak dapat nak tgk ramai org...dpt tgk masa tgh pakaikan dia telekung tp tak dapat nak cium dh...kena bergilir dengan abg jaga hanis dan harith.

Takpela bagi peluang pada abg bg penghormatan dan berbakti buat kali terakhir kat mak ngah dia...abg org tau abg sedih...kalau abg teringat kat makngah abg sedekahkanlah Fatihah dan Yassin buat arwah ye.Jgn sedih-sedih tau.


Al-fatihah buat arwah makngah dan kak zalina..semoga Allah mengampunkan segala dosa, diterima segala amalan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Amin.

Takziah buat kuarga arwah...

Thursday, February 20, 2014

Kembali bersiaran.....

Dah lama tak jenguk blog ni....dah bersawang, berkarat semua ada...maklumla tak berapa pandai menulis...kadang-kadang tertanya-tanya apa nak tulis dalam ni....

Nak update skit dalam ni..Perkenalkan my new baby girls...Hanis Syahirah dilahirkan pada tanggal 25 September 2013 dengan berat 2.79kg. Alhamdulillah my princess grow up so healthy..skrg dh 4 bulan lebih dengan berat 5.5kg...syukur...


 ok tu je untuk permulaan..esok2 cite lg ye...