Wednesday, March 12, 2014

Pulanglah...MH 370

Sudah 5 hari berlalu, namun sehingga sekarang keadaan dan nasib penumpang dan anak kapal di dalam MH 370 masih belum diketahui.

Di manakah kalian MH 370?
Begitu banyak persoalan dan teori yang di lontarkan
Namun di kau masih belum ditemui
Tiada tanda mahupun tiada kesan
Puas sudah kami mencari
Di manakah dikau wahai MH 370
Adakah kalian di dalam keadaan baik-baik sahaja
Atau sebaliknya

Namun kami tetap percaya kalian baik-baik sahaja
Menanti agar kalian diselamatkan
Jangan pernah berhenti berharap
Jangan pernah berputus asa Allah sentiasa ada di sisi kalian

Pulanglah...
Pulang ke sisi orang-orang yang dicintai

Pulang agar hilang segala gundah gulana yang bersarang di jiwa

Pulanglah..
Pulang kerana ramai yang menantimu wahai MH 370
Pulang kerana banyak pengharapan agar kalian selamat


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau Permudahkanlah segalanya, peliharalah keselamatan mereka. Ilhamkanlah kepada mereka yang mencari tentang keberadaan mereka Ya Allah. Seandainya yang berlaku adalah sebaliknya Ya Allah, redhakanlah dan berikan ketabahan kepada insan-insan yang telah mereka tinggalkan. Amin.... PRAY FOR MH 370...Jangan pernah berhenti berdoa kerana mereka memerlukan doa kita..mohonla keajaiban dari Allah agar mereka ditemui dengan dalam keadaan yang selamat.

No comments :